PENGENALAN MADRASAH RIBATH AL FATH

Madrasah Ribath Al Fath adalah sebuah tempat pengajian agama untuk orang tua-tua menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan mereka-mereka yang berminat untuk mempelajari dan mendalami pengajian agama berlandaskan kitab turath. Bermula dengan ahli pengajian seramai 3 orang yang di adakan dirumah kediaman Ustaz Zainal di Paya Pulai seterusnya dirumah kedai di Taman Bendahara, Segamat , Johor.Untuk menampung ahli pengajian yang makin bertambah  Ustaz Zainal telah membeli sebidang tanah seluas satu ekar untuk pembinaan madrasah. Alhamdulillah kini bangunan madrasah telah 70% terbina dengan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ustaz dan masih mengharap sumbangan mereka-mereka yang prihatin untuk meninggikan agama. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dibawah nama Persatuan Kebajikan Ribath Al Fath dengan jawatankuasa yang terpilih untuk mentadbir Madrasah ini ,insyaallah madrasah ini akan berdaya maju untuk menjadi sebuat pusat pengajian dan juga tempat rujuk masyarakat sekitar.

Program dakwah dan masyarakat.

Kursus dan khidmat pengurusan jenazah.

Alhamdulillah beberapa kursus jenazah telah di anjurkan olah Madrasah Ribath Al Fath bersama Belia Kg Pogoh dengan penyertaan lebih 60 orang belia dan kursus kedua bersama dengan Wanita Umno Kg Lubuk Selumar dengan kehadiran 40 orang peserta.

Diantara program yang lain adalah:

i.     Kursus latihan imam dan bilal

ii.    Program ziarah ulama,pusat-pusat pengajian, madrasah, pondok dalam negara mahupun luar negara.

iii.   Program rehlah untuk ahli qariah

iv.   Kem Bina Insan dan Tafaqquh untuk belia diantara 10 hingga 17 tahun

v.    Program sambutan Maulid di madrasah dan undangan

Program-program yang lain:

i.     Program pembersihan madrasah, masjid dan tanah wakaf sebulan sekali

ii.    Kutipan duit sumbangan membantu pihak yang memerlukan

iii.   Pembacaan Yasin, Tahlil, Ratib dan Maulid setiap malam Khamis dan Isnin.

iv.  Aktriviti-aktiviti ekonomi

Adalah menjadi harapan kepada Ustaz Zainal selaku Pemimpin Madrasah serta barisan jawatankuasanya  agar ianya menjadi:

i.   Dua'fa ilmu kepada orang jahil

ii.  Du'afa kasih sayang kepada mereka yang ketandusan kasih sayang

iii.  Du'afa rezeki kepada mereka yang kesempitan hidup

iv. Du'afa kejiwaan kepada mereka yang ketandusan jiwa dari zikir,wirid. ratib dan qasidah

v.  Du'afa bagi mereka yang mencari jalan agama serta tidak putus asa dari mencari jalan agama yang benar.

Insyaallah dengan nama yang diberi oleh Al-Allamah Habib Thohir Bin Muhammad Bin Abdullah Al-Haddar seorang ulama dari Yaman ketika ziarah beliau serta merasmikan Madrasah Ribath Al Fath ini di Taman Bendahara akan menjadi tempat ambilan ilmu dan kelahiran para ulama yang akan menaburkan khdmatnya kepada masyarakat tanpa mengambil upah semata-mata kerana Allah.


SERBAN RASULULLAH

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada 
memakai topi besi sewaktu peperangan.

Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:

Bentuk Serban

Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’ (serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di belakang separas belikat. Topi besi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga turut berbentuk sebegini.

As-Sahab

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai ‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai as-sahab.”

Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Serban Hitam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerap dilihat mengenakan serban berwarna hitam.

“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir r.a.)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari bapanya.)

“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi r.a.)

Minyak Rambut

Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban, dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)

Kedudukan Ekor Serban

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.

Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan amalan alim ulama.

Topi Besi Rasulullah SAW

“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki Kota Makkah (dihari Pembebasan), Baginda memakai topi besi. Kemudian ditunjukkan seorang yang sangat zalim kepada Baginda: “Itu Ibnu Khathal bersembunyi di dinding Kaabah (disebabkan takut).” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Bunuhlah dia!” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Ibnu Syihab, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

Ada sesetengah pendapat menterjemahan ‘topi besi‘ tersebut kurang tepat sebab yang dimaksud topi besi di sini adalah rantai besi yang dijalin rapi, dibuat dengan ukuran kepala kemudian dapasang di dalam kopiah.

Hukum Mengambil Upah Membaca Al-Quran




Soalan :

 Apakah hukum mengambil upah dengan membaca al Quran ? Begitu juga dengan sesetengah tempat selepas kematian tuan rumah akan memanggil sekumpulan Huffaz al Quran untuk membaca al Quran. Setelah itu mereka akan dihidangkan makanan dan diberi sagu hati berupa wang. Tujuannya ialah untuk bersedekah bagi pihak roh simati dengan harapan agar Allah memberi keringanan kepadanya. Apakah hukum perkara tersebut ?

 Jawapan 1 :

 Jawapan diberikan oleh Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi (bekas Mufti Iraq) dalam bukunya : Al Bid'ah fi al Mafhum al Islamy ad Daqiq - Salah faham terhadap Bid'ah menyebutkan :

 Membaca al Quran adalah ibadah. Para ulama berselisih pendapat, adakah dibolehkan mengambil upah atau imbalan ke atas ibadah yang dilakukan termasuk di antaranya ialah membaca al quran dan mengajarnya. Sebahagian fuqaha' berpendapat mengambil upah hasil pembacaan al Quran adalah tidak harus.

Ini adalah salah satu pendapat yang dikemukakan oleh Imam Ahmad, para ulama bermazhab Hanafi yang terawal dan Ishaq bin Rahawaih. Manakala para ulama Hanafiyyah yang terkemudian mengharuskan pengambilan upah hasil menjadi imam, mengajar dan muazzin. Alasan mereka ialah sekiranya dipegang pendapat yang melarang pengambilan upah maka ia akan menyebabkan tugas-tugas tersebut terabai kerana mereka yang layak untuk melaksanakan tugas tersebut terpaksa meninggalkannya untuk mencari sara hidup, seterusnya menyebabkan tugas tersebut terabai atau berlaku kepincangan.

 Manakala sebahagian ulama yang lain seperti Imam Malik, Asy Syafie, Ibnu Al Munzir dan Ahmad pada satu riwayat yang lain mengharuskan pengambilan upah hasil membaca al Quran. Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AlBukhari bahawa Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti) :

 Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

 kerana Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak membantah ke atas para sahabat yang mengambil upah hasil jampian dengan al Quran. Namun bagi para ulama yang mengharuskannya kesemua mereka bersepakat bahawa sekiranya seorang qari (yang membaca al Quran) membaca dengan niat untuk mendapat upah dan mengaut harta, maka dia tidak akan mendapat pahala dan berkemungkinan dia berdosa kerana dia membaca Al Quran bukan kerana Allah subahanahu wa ta'ala (ikhlas kerana Allah).

 Mereka juga berpendapat sekiranya pembacaan Al Quran dijadikan sebagai kerja untuk mengaut keuntungan dan harta yang banyak maka hukumnya adalah haram yang tidak diakui oleh syarak.

 Jawapan 2 :

 Membaca al Quran adalah sangat dianjurkan. Begitu juga bersedekah. Mengambil upah untuk tugas-tugas keagamaan seperti membaca al Quran , menjadi imam, membaca khutbah jumaat, azan, mengajar ilmu-ilmu syariah, telah menjadi kebiasaan diamalkan umat Islam di negara-negara Islam sejak zaman berzaman. Adapun mengambil upah membaca alQuran ia termasuk dalam keumuman hadith RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallan (yang bererti) :

 Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

 (Riwayat Bukhari)

 Hadith ini adalah bahagian akhir hadith yang panjang riwayat Al Bukhari dari Ibn Abbas iaitu :

Bahawasanya satu jama'ah para sahabat Nabi melalui di tempat yang ada air yang ada di sana seseorang bernama Ladigh atau Salim (perawi tidak pasti antara keduanya yang kena sengat binatang ), Datanglah seorang lelaki dari tempat air itu lalu berkata : Adakah di antara kamu yang pandai menjampi kerana sesungguhnya di tempat air itu ada seorang lelaki yang disengat binatang bisa. Lalu ada seorang dari mereka lalu membaca Surah al fatihah dengan pembayaran beberapa ekor kambing. Lalu (selepas menjampi) dia membawa kambing tersebut kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya tidak suka dengan perkara tersebut. Mereka berkata : Apakah kamu mengambil upah dengan membaca kitab Allah? (perkara ini berlarutan) sehinggalah mereka sampai di Madinah, lalu mereka berkata : Ya Rasulullah, dia telah mengambil upah melalui kitab Allah. Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam lalu mengatakan : Sesungguhnya yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya ialah kitab Allah (Al Quran)

Imam Nawawi berkata dalam Raudhah ath Tholibin : Dari al Qadhi Husain di dalam Al Fatawa, menyebutkan :

Sesungguhnya mengupah membaca al Quran di atas kubur pada tempoh tertentu adalah dibolehkan sebagaimana (dibolehkan) mengupah orang untuk azan dan mengajar al Quran

 (lihat Fath al Mu'in m/s 84, Lihat Minhaj al Wadhih (Soal Jawab Agama membahaskan Masalah Terkini dalam Feqah)

Mengikut Bughyah al Mustarsyidin, sah (boleh) upah membaca al Quran di atas kubur dan mendoakannya kerana bacaan itu boleh memberi manfaat dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Dalil dari hadith dan pendapat-pendapat para ulama' mu'tabar di atas memberi penjelasan bahawa tidak mengapa mengambil upah membaca al Quran kepada si mati.

Dinding Madrasah di naikkan

Dinding madrasah dinaikkan dan akan ditambah bahagian bumbung


Madrasah hampir didirikan

70 % Madrasah hampir siap





Kalam Nasihat


Orang-orang Ahli khoir berpesan tiga kalimat:

Siapa beramal untuk akhirat Allah akan mencukupi urusan dunianya.
Siapa yang membaiki urusannya dengan Allah maka Allah akan membaiki urusannya dengan sesama manusia.
Sesiapa memperbaiki hatinya, allah akan memperbaiki zahirnya.

BENTENG AMAL


Syaqiq Bin Ibrahim berkata: Benteng amal itu ada tiga.

1. Harus merasa bahawa amal itu adalah hidayah dan taufiq dari Allah untuk mematahkan sifat ujub didalam diri.
2.Berniat beramal itu untuk mendapat ridha Allah untuk mematahkan hawa nafsu.
3. Harus berniat untuk mendapat pahala dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya. dan dengan yang ketiga ini amal akan menjadi ikhlas.Apabila beramal itu mengharap pahala dari Allah maka tidak hirau terhadap pujian atau celaan orang.

Menuntut ilmu



  • Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan
Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ‘ Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut.
Hadis Riwayat Al Bara
  • Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
  • Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi sehingga ikan yang ada dilaut meminta ampun bagi orang yang alim. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.
Hadis Riwaat Abu Daud

Pembinaan asas telah dinaikkan

Pembinaan tapak bangunan madrasah

Sepintas lalu pembinaan bangunan Madrasah


  • Pembinaan asas tapak bagi bangunan madrasah telah dimulakan