Tanda
Cinta Terhadap Rasulullah SAW
Mencintai Rasulullah saw merupakan
kewajipan bagi setiap muslim dan semuanya mengaku ingin mencintainya, namun
tidak semua pengakuan itu benar dan tidak semua keinginan itu baik. Oleh kerana
itu diperlukan bukti dan tanda yang dapat dijadikan dalil kebenaran pengakuan
cinta terhadap Rasulullah saw. Ini kerana apabila pengakuan tidak
dibuktikan dengan dalil yang nyata, maka tentulah banyak orang membuat
kerosakan dan kekacauan dengan pengakuan-pengakuan dusta, sebagaimana sabda
Rasulullahsaw:
((
لَوْ يُعْطَى النَّاسُ بِدَعْوَاهُمْ لادَّعَى نَاسٌ دِمَاءَ رِجَالٍ
وَأَمْوَالَهُمْ)) رواه البخاري ومسلم.
“Seandainya manusia
diberikan (diterima) semua pengakuannya, tentulah ramai orang yang menuntut
darah dan harta orang lain.” [HR: Al-Bukhari]
Maka wajib atas setiap
muslim mengetahui bukti dan tanda kecintaan kepada Rasulullah saw dan
mengamalkan serta merealisasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Jadi,
bukti dan tanda-tanda tersebut menunjukkan kecintaannya yang hakiki, semakin
banyak memiliki bukti dan tanda tersebut maka semakin tinggi dan sempurna
kecintaannya kepada Rasulullah saw.
Di antara bukti dan
tanda-tanda tersebut adalah:
1. Mencontohi dan
mengamalkan sunnah Baginda saw.
Mencontohi, mengikuti
Rasulullah saw dan berjalan di atas manhaj Baginda
saw serta berpegang teguh dan mengamalkan seluruh perkataan dan perbuatan
Baginda saw adalah tanda pertama cintakan Rasulullah saw. Bahkan orang yang
benar-benar mencintai Rasulullah saw adalah orang yang
mengikuti Rasulullahsaw secara zahir dan batin serta selalu
menyesuaikan perkataan dan perbuatannya dengan sunnah Rasulullah saw.
Orang yang mencintai
Rasulullah saw adalah orang yang bersemangat, berpegang teguh
dan menghidupkan ajaran Baginda. Ianya dizahirkan dengan mengamalkan sunnahnya,
melaksanakan perintahnya dan menjauhi larangannya dalam perkataan dan perbuatan
serta mendahulukan itu semua daripada hawa nafsu dan kelazatannya sebagaimana
firman Allah swt:
] قُلْ
إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ
وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ
كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللهِ
وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللهُ
بِأَمْرِهِ ۗ وَاللهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ [
{Katakanlah: “Jika
bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga dan harta
kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan
rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada
Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sehingga
Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang yang fasik.} [Surah
At-Taubah:24].
Menghidupkan sunnah dan
mengikuti Rasulullah saw dalam setiap langkah kehidupannya
adalah bukti kecintaan kepada Rasulullah saw sebagaimana juga
menjadi bukti kecintaan kepada Allah. Allah swt berfirman:
] قُلْ
إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ
وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ [
{Katakanlah: Jika kamu
(benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.} [Surah Aali Imran: 31].
Berdasarkan hal ini,
kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya menuntut natijah mengamalkan hal-hal yang
dicintai dan menjauhi yang dilarang dan dibenci oleh Baginda saw. Tidak mungkin
ada orang yang mencintai Rasulnya adalah orang yang tidak mahu mengikuti
sunnahnya atau bahkan melakukan perkara yang bercanggah dengan ajarannya dengan
sengaja.
2. Banyak mengingati dan
menyebutnya, kerana orang yang
mencintai sesuatu tentu akan sentiasa mengingat dan menyebutnya. Sentiasa ingat
kepadanya merupakan sebab kesinambungan kecintaan dan kerberterusannya.
3. Menyampaikan
selawat dan salam kepada Rasulullah saw sebagaimana firman Allah:
] إِنَّ
اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ
آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا [
{Sesungguhnya Allah dan
malaikat-malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman,
berselawatlah kamu kepada Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.} [Surah Al-Ahzaab: 56].
4. Menyebut keutamaan
dan kemuliaan serta sifat, akhlak dan perilaku utama yang Allah berikan kepada
Baginda saw, juga mukjizat
serta bukti kenabian untuk mengenal kedudukan dan martabat Baginda saw.
Demikian juga untuk mengenalkan orang lain dan mengingatkan mereka tentang hal
itu agar mereka semakin beriman dan bertambah kecintaan kepada Rasulullah saw.
Ulama’ menyatakan
faedah yang boleh didapati dari Selawat ke atas Nabi saw ialah: Seorang ketika
banyak menyebut kekasihnya, mengingatinya dihati, mengingati kebaikan-kebaikan
dan perkara-perkara yang boleh melahirkan perasaan cinta kepadanya maka semakin
berlipat ganda kecintaannya kepada kekasihnya tersebut dan bertambah rindu
kepadanya. Apabila dia tidak menyebutnya sama sekali, tidak mengingatinya dan
kebaikannya, maka akan berkurangan rasa cinta dihatinya.
Apabila keadaan ini kuat
dihatinya maka lisannya terus memuji dan menyebut kebaikan-kebaikannya.
Bertambah dan berkurangnya keadaan ini sesuai dengan perasaan cinta dihatinya
dan anggota menjadi saksi kebenaran itu dengan mengamalkannya.
Fadhilat atau kelebihan
berselawat ke atas Nabi saw sangat banyak dan sangat masyhur.
5. Bersopan santun dan
beradab dengan Baginda saw baik
dalam menyebut nama atau memanggilnya, kerana Allah swt telah berfirman:
] لا تَجْعَلُوا
دُعَاءَ الرَّسُولِ بَيْنَكُمْ كَدُعَاءِ بَعْضِكُمْ بَعْضًا ۚ قَدْ يَعْلَمُ
اللهُ الَّذِينَ يَتَسَلَّلُونَ مِنْكُمْ لِوَاذًا ۚ فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ
يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ
أَلِيمٌ [
{Janganlah kamu jadikan
panggilan (kepada) Rasulullah saw di antara kamu seperti panggilan sesama kamu.
Sesungguhnya Allah telah mengetahui orang-orang yang menarik diri (dari majlis
Nabi saw) di antara kamu secara berselindung dan bersembunyi, maka hendaklah
orang-orang yang mengikari perintah-Nya beringat serta berjaga-jaga, jangan mereka
ditimpa bala bencana atau ditimpa azab yang pedih}. [Surah An-Nuur: 63].
Kata ulama’: Adab
yang tinggi terhadap Rasulullah saw adalah menerima sepenuhnya serta
tunduk patuh kepada perintahnya. Menerima perkhabarannya dengan penuh
penerimaan dan membenarkannya tanpa ada penentangan dengan pemikiran ma’qul
(masuk akal), syubhat, keraguan atau mendahulukan pendapat para intelektual dan
pemikiran mereka yang tidak betul, dengan hanya berhukum dan menerima, tunduk
dan taat kepada Baginda saw sahaja.
6. Berharap dan rindu
untuk melihat dan berjumpa dengan Rasulullah saw walaupun terpaksa membayarnya
dengan harta dan keluarga.
Tanda kecintaan ini
dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:
))مِنْ أَشَدِّ
أُمَّتِي لِي حُبًّا نَاسٌ يَكُونُونَ بَعْدِي يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ رَآنِي
بِأَهْلِهِ وَمَالِهِ((.
“Diantara umatku yang
paling mencintaiku adalah orang-orang yang hidup selepasku, salah seorang dari
mereka sangat ingin melihatku walaupun terpaksa menebus dengan keluarga dan
harta.” [HR Muslim].
7. Menyampaikan Nasihat
untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya dan Rasul-Nya.
Sabda Rasulullah saw:
((الدِّينُ
النَّصِيحَةُ. قُلْنَا: لِمَنْ؟ قَالَ: للهِ، وَلِكِتَابِهِ، وَلِرَسُولِهِ،
وَلأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَعَامَّتِهِمْ)).
“Agama itu adalah
nasihat.” Sahabat bertanya: Kepada siapa wahai Rasulullah? Baginda menjawab:
“Untuk (beriman kepada) Allah, kitab-Nya, Rasul-Nya dan pemimpin kaum muslimin
serta kaum muslimin seluruhnya.” [HR Muslim, No. 55].
Maksud nasihat untuk
Nabi itu ialah beriman kepadanya, mentaati perintahnya, mengikuti sunnahnya dan
mencintainya.
8. Belajar Al Quran, istiqamah membacanya dan memahami
maknanya. Demikian juga belajar sunnahnya, mengajarkannya dan mencintai ahlinya
(ahlu sunnah). Imam Al Qadhi Iyaad rahimahullah menyatakan:Diantara
tanda-tanda mencintai Rasulullah adalah mencintai Al-Quran yang diturunkan
kepadanya dan Baginda saw mengambil petunjuk dan membimbing (manusia) dengannya
serta berakhlak dengannya sehingga A’isyah menyatakan:
كَانَ خُلُقُهُ الْقُرْآنَ
“Sesungguhnya Akhlak
Baginda saw adalah Al Quran”. [HR Imam Ahmad].
Ibnu Mas’ud ra berkata: “Janganlah
seseorang menanyakan untuk dirinya kecuali Al-Quran, apabila ia mencintai
Al-Quran maka ia mencintai Allah dan Rasul-Nya”. [lihat: Huquq Al-Nabi
1/343].
9. Mencintai orang yang
Rasulullah saw cintai, antaranya:
a. Ahlul-baitnya
(keluarga)
Imam Al Baihaqi rahimahullah berkata:
“Termasuk dalam lingkungan mencintai Rasulullah saw adalah mencintai ahli
bait”. [lihat: Syu’abul Iman: 1/282].
Ulama’ lain pula menyatakan: “Di
antara usul ahlus Sunnah wal Jama’ah, mereka mencintai ahli bait Rasulullah saw dan
memberikan keutamaan kepada mereka serta menjaga wasiat Rasulullah saw tentang
mereka.”
Kemudian beliau juga
menyatakan: “Ahlul bait Rasulullah saw memiliki hak-hak yang wajib
dipelihara, kerana Allah menjadikan untuk mereka hak dalam Al-Khumus, Al fai’
(harta rampasan perang) dan memerintahkan berselawat untuk mereka bersama
selawat untuk Rasulullah saw. [lihat: Majmu’ fatawa 3/407].
b. Para isteri Baginda
saw.
Ahlus Sunnah Wal Jama’ah
menjaga keutamaan dan hak-hak mereka dan meyakini mereka tidak sama seperti
para wanita lainnya, kerana Allah telah membezakannya dalam firman-Nya:
] يَا
نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ [
{Wahai isteri-isteri
Nabi, kamu sekalian tidaklah sama seperti wanita yang lain.} [Surah Al-Ahzab: 32].
Menjadikan mereka
sebagai ibu kaum mukminin dalam firman-Nya:
] وَأَزْوَاجُهُ أُمَّهَاتُهُمْ
ۗ [
{Dan isteri-isterinya adalah
ibu-ibu mereka.} [Surah Al-Ahzaab: 6].
Sehinggakan wajib bagi
kita menjaga hak-hak mereka walaupun setelah mereka wafat, berselawat untuk
mereka bersama Nabi saw dan memohon keampunan bagi mereka
serta menzahirkan pujian dan keutamaan mereka.
c. Para sahabat Baginda
saw.
Imam Al-Baihaqi rahimahullah menyatakan:
Termasuk dalam kecintaan kepada Nabi saw adalah cinta kepada
para sahabat Baginda saw, kerana Allah telah memuji mereka dalam firman-Nya:
] مُحَمَّدٌ رَسُولُ
اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ
ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ
سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ [
{Muhammad itu adalah
utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang
kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud
mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka
mereka kesan dari sujud. [Surah
Al-Fath: 29].
Firman Allah swt juga:
] لَقَدْ رَضِيَ
اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا
فِي قُلُوبِهِمْ
فَأَنْزَلَ
السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا [
{Sesungguhnya Allah
telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu
di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu
menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan
yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].
Kemudian beliau ra
menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan
ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan
mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana
apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang
hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman:
1/287].
Umat Islam wajib
mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Rasulullah saw bersabda:
))لا تَسُبُّوا
أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ
مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((
“Janganlah kamu sekelian
mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq
emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak
juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]
9. Membenci orang yang
Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi
orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara
yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:
] لا
تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ
حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ
إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ
الإِيمَانَ… [
{Kamu tidak akan
mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak
berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan
Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau
saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah
menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].
Seorang mukmin wajib
memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.
g� ' - A �J� �� padding: 0px; margin: 0px;">مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلا مِنَ اللهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِمْ مِنْ أَثَرِ السُّجُودِ ۚ [
{Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka: kamu lihat mereka rukuk dan sujud mencari kurniaan Allah dan keredhaan-Nya, tanda-tanda mereka nampak pada muka mereka kesan dari sujud. [Surah Al-Fath: 29].
Firman Allah swt juga:
] لَقَدْ رَضِيَ اللهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ
فَأَنْزَلَ السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا [
{Sesungguhnya Allah telah redha terhadap orang-orang mukmin ketika mereka berjanji setia kepadamu di bawah pokok, maka Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan ke atas mereka dan memberi balasan kepada mereka dengan kemenangan yang hampir (waktunya). [Al-Fath:18].
Kemudian beliau ra menyatakan: “Apabila mereka (para sahabat) telah mendapat kedudukan ini, maka mereka memiliki hak dari kaum muslimin untuk mencintai mereka dan mendekatkan diri kepada Allah dengan kecintaan kepada mereka. Ini kerana apabila Allah meredhai seseorang, maka Dia mencintainya dan wajib atas seorang hamba untuk mencintai orang yang Allah cintai.” [Lihat: Syu’abul Iman: 1/287].
Umat Islam wajib mencintai sahabat, meredhai mereka dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Rasulullah saw bersabda:
))لا تَسُبُّوا أَصْحَابِي فَوَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَوْ أَنَّ أَحَدَكُمْ أَنْفَقَ مِثْلَ أُحُدٍ ذَهَبًا مَا بَلَغَ مُدَّ أَحَدِهِمْ وَلا نَصِيفَهُ((
“Janganlah kamu sekelian mencela para sahabatku, demi Allah seandainya salah seorang dari kamu berinfaq emas sebesar bukit Uhud, tidak akan menyamai satu mud (cupak) mereka dan tidak juga separuhnya.” [HR: Al-Bukhari]
9. Membenci orang yang Allah dan Rasul-Nya benci, memusuhi orang yang memusuhi Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi sunnahnya dan Syariah Islam, serta membenci semua perkara yang menyalahi Syariat. Allah swt berfirman:
] لا تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ يُوَادُّونَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُولَهُ وَلَوْ كَانُوا آبَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانَهُمْ أَوْ عَشِيرَتَهُمْ ۚ أُولَٰئِكَ كَتَبَ فِي قُلُوبِهِمُ الإِيمَانَ… [
{Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu ialah bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka (yang setia) itu, Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka...} [Al-Mujaadilah: 22].
Seorang mukmin wajib memusuhi kerana Allah dan berkasih sayang kerana Allah.