Program dakwah dan masyarakat.
Kursus dan khidmat pengurusan jenazah.Alhamdulillah beberapa kursus jenazah telah di anjurkan olah Madrasah Ribath Al Fath bersama Belia Kg Pogoh dengan penyertaan lebih 60 orang belia dan kursus kedua bersama dengan Wanita Umno Kg Lubuk Selumar dengan kehadiran 40 orang peserta.
Diantara program yang lain adalah:
i. Kursus latihan imam dan bilal
ii. Program ziarah ulama,pusat-pusat pengajian, madrasah, pondok dalam negara mahupun luar negara.
iii. Program rehlah untuk ahli qariah
iv. Kem Bina Insan dan Tafaqquh untuk belia diantara 10 hingga 17 tahun
v. Program sambutan Maulid di madrasah dan undangan
Program-program yang lain:
i. Program pembersihan madrasah, masjid dan tanah wakaf sebulan sekali
ii. Kutipan duit sumbangan membantu pihak yang memerlukan
iii. Pembacaan Yasin, Tahlil, Ratib dan Maulid setiap malam Khamis dan Isnin.
iv. Aktriviti-aktiviti ekonomi
Adalah menjadi harapan kepada Ustaz Zainal selaku Pemimpin Madrasah serta barisan jawatankuasanya agar ianya menjadi:
i. Dua'fa ilmu kepada orang jahil
ii. Du'afa kasih sayang kepada mereka yang ketandusan kasih sayang
iii. Du'afa rezeki kepada mereka yang kesempitan hidup
iv. Du'afa kejiwaan kepada mereka yang ketandusan jiwa dari zikir,wirid. ratib dan qasidah
v. Du'afa bagi mereka yang mencari jalan agama serta tidak putus asa dari mencari jalan agama yang benar.
Insyaallah dengan nama yang diberi oleh Al-Allamah Habib Thohir Bin Muhammad Bin Abdullah Al-Haddar seorang ulama dari Yaman ketika ziarah beliau serta merasmikan Madrasah Ribath Al Fath ini di Taman Bendahara akan menjadi tempat ambilan ilmu dan kelahiran para ulama yang akan menaburkan khdmatnya kepada masyarakat tanpa mengambil upah semata-mata kerana Allah.