Didalam kitab Adab Al-Mufrad disebutkan seorang lelaki datang kepada Rasulullah lalu bertanya " Apakah yang akan kamu suruh saya lakukan?" Nabi menjawab: " Berbaktilah kepada ibumu."
Lelaki itu bertanya lagi :"Kemudian apa lagi?" Nabi menjawab: "Berbakti kepada ibumu." Lelaki tersebut bertanya lagi untuk kali yang ketiga: "Kemudian apa lagi Ya Rasulullah?". Nabi menjawab:"Berbaktilah kepada ibumu." Dan pada kali yang keempat pertanyaan yang serupa, barulah Nabi menjawab:"Berbakti kepada ayahmu."
Berdasarkan hadis ini berbakti kepada ibubapa mempunyai kelebihan yang besar. Ketika nabi ditanya tentang amal yang afdhal dan disukai Allah, maka nabi bersabda:" Sembahyang pada waktunya...berbakti kepada ibubapa....dan jihad dijalan Allah." Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Persatuan Kebajikan Ribath Al-Fath adalah satu badan NGO Islam yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti berteraskan kemasyarakatan dalam bentuk kebajikan dan pendidikan dengan tujuan membantu segenap lapisan masyarakat dapat mengikuti ajaran Al-Quran dan As Sunnah. Aliran akidah adalah bermazhab Asyairah dan Al Maturidiyah dan feqah bermazhab Shafieyah. Sistem pengajian adalah sistem pondok iaitu pengajian kitab turath.
MAULID AL KUBRO AL JENDERAMI PADA 14/15 DAN 16 FEBRUARI 2013
Gambar-gambar sepanjang program Maulid Al Kubra











Majlis Maulid Rasulullah Kg Lubuk Selumar, Segamat, Johor
Ceramah disampaikan oleh Habib Syed Amru Bin Syed Abdullah, Pengerusi Masjid Alam Shah Kuala Lumpur. Berkesan dihati pendengar mudahan Allah membuka hati hati mereka mengasihi Rasulullah dan mengikut sunah baginda mentaati perintah baginda.
Pengenalan Madrasah Ribath Al Fath
Madrasah Ribath Al Fath adalah sebuah tempat pengajian agama untuk orang tua-tua menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan mereka-mereka yang berminat untuk mempelajari dan mendalami pengajian agama berlandaskan kitab Turath.
Bermula dengan ahli pengajian seramai 3 orang yang di adakan di rumah kediaman Ustaz Zainal di Paya Pulai seterusnya di rumah kedai di Taman Bendahara, Segamat , Johor.
Untuk menampung ahli pengajian yang makin bertambah Ustaz Zainal telah membeli sebidang tanah seluas satu ekar untuk pembinaan madrasah. Alhamdulillah kini bangunan madrasah telah 70% terbina dengan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh Ustaz dan masih mengharap sumbangan mereka-mereka yang prihatin untuk meninggikan syiar agama.
Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah nama Persatuan Kebajikan Ribath Al Fath, dengan jawatankuasa yang terpilih untuk mentadbir Madrasah ini ,insyaallah madrasah ini akan berdaya maju untuk menjadi sebuat pusat pengajian dan juga tempat rujuk masyarakat sekitar.
Sepintas Lalu Pembinaan Bangunan Madrasah

Pembinaan asas tapak telah dimulakan
Pembinaan asas telah dinaikkan

Pembinaan tapak bangunan madrasah
Dinding madrasah dinaikkan
Dinding madrasah dinaikkan dan ditambah ke bahagian bumbung
Madrasah semakin hampir didirikan
Madrasah hampir 70% siap
Pihak madrasah memerlukan sekurang- kurangnya RM30,000 lagi untuk menyiapkan kaki lima, longkang, lantai, plaster dan lain-lain.
Sumbangan dari Tuan-tuan adalah dialu-alukan, Semoga Allah S.W.T mengganjarkan kebaikan dunia dan akhirat kepada yang prihatin.
Subscribe to:
Posts (Atom)