IKHLAS

Rasulullah SAW. bersabda,"Sesungguhnya Allah tidak akan menerima amal kecuali amal yang dilaksanakan dengan ikhlas dan dilakukan semata-mata untuk mengharap redha Allah. (HR Abu Daud dan An-Nasa'i)

Ikhlas, Lillahi taala, hanya untuk ALLAH.

Ikhlas ialah menqasadkan kata-kata, amal usaha, jihad dan pengorbanan kita itu kerana Allah dan menharapkan keredhaannya tanpa mengharap faedah, nama, gelaran, pangkat, sanjungan, kedudukan duniawi.

Ikhlas ialah apabila seseorang itu melaksanakan tuntutan agama dan menjauhi tegahan agama semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah dan takut kepada kemurkaan-Nya.

Ikhlas adalah niat semata-mata kerana Allah, kerana menjunjung perintahNya, kerana mengharap redhaNya, kerana mengikuti arahanNya, kerana mentaatiNya dan kerana patuh padaNya. KeranaNya yang satu. Tujuannya hanya satu dan didorong oleh yang satu iaitu Allah. Mengabdikan diri kerana Allah dan tidak dicampur atau bercampur selain Allah. Itulah ikhlas, dorongannya hanya satu.


Ikhlas sukar untuk dinilai. Ini adalah kerana ikhlas adalah niat atau perasaan atau tujuan di dalam hati. Niat di hati adalah rahsia Allah yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Tetapi ALLAH maha mengetahui niat, hasrat dan tujuan sebenar kita. 

Tetapi walaupun ia rahsia, namun ulama ada mengenal pasti tanda-tanda atau panduan untuk kita mengukur hati kita dan berusaha agar benar-benar ikhlas.

Caranya ialah apabila orang puji atau keji pada kita, kita rasa sama sahaja. 
Pujian tidak membanggakan dan kejian tidak mengecewakan kita. Itulah antara tanda ikhlas. 
Bagi orang yang beramal dan melakukan kebaikan, tidak mengharapkan pujian dan tidak berkesan segala kejian itulah ikhlas. 
Bagi orang yang ikhlas, mereka tidak mengharapkan sesuatu melainkan keredhaan Allah. 


Pernah suatu ketika di dalam peperangan, Sayidina Ali k.w.j diludahi mukanya oleh seorang musuh, terus dilepaskan peluang untuk membunuh musuh tersebut. Bila ditanya kenapa dia melepaskan musuh tersebut sedangkan musuh itu telah meludah mukanya. Maka dijawab oleh Sayidina Ali, “Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludahnya itu adalah kerana aku marah dan bukan kerana Allah.” Demikian contoh orang yang ikhlas yang sanggup mengenepikan kepentingan diri dalam usaha mencari keredhaan Allah.

Inna solaa ti wa nu suki wamah yaa ya wa mamaa ti lillahi rob bil 'a lamin

Firman Allah, "Katakanlah: Sesungguhnya solatku dan ibadatku dan hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan semesta alam. (Al-An'am: 162) 

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN DAN BINA INSAN DI SURAU KG LUBUK SELUMAR




Bermula pada awal minggu pertama cuti persekolahan akhir tahun program tafaqquh fid din untuk anak-anak berumur dari 8 tahun hingga 15 tahun berlangsung di Surau Kg Lubuk Selumar, Segamat.Dengan kehadiran seramai 20 orang peserta alhamdulillah program berjalan lancar.


SAMPAIKAH AMALAN DAN BACAAN ORANG HIDUP KEPADA ORANG MATI

Assalamualaikum.....

" Analisis sampainya kiriman Amal & Hadiah Bacaan Al-qur’an untuk mayyit "

Berbagai dalil mengungkapkan bahwa do’a & ibadah baik maliyah maupun badaniyah  bermanfaat untuk orang yg sudah meninggal. Beberapa dalil diungkapkan di sini.

1. Dalil Quran:

والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلّا للذين آمنوا ربنا إنك رءوف رحيم

Dan orang2 yg datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdo’a : “Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yg telah beriman lebih dahulu dari kami” (QS Al Hasyr: 10)

Dalam ayat ini Allah menyanjung orang2 yg beriman karena mereka memohonkan ampun (istighfar) untuk orang2 beriman sebelum mereka. Ini menunjukkan bahwa orang yg telah meninggal dapat manfaat dari istighfar orang yg masih hidup.
Sebagai tambahan, silahkan baca QS Muhammad 47:19,

فاعلم أنه لا إله إلا الله واستغفر لذنبك وللمؤمنين والمؤمنات والله يعلم متقلبكم ومثواكم

QS Mu’min 40:7-9

الذين يحملون العرش ومن حوله يسبحون بحمد ربهم ويؤمنون به ويستغفرون للذين آمنوا ربنا وسعت كل شيء رحمة وعلما فاغفر للذين تابوا واتبعوا سبيلك وقهم عذاب الجحيم

ربنا وأدخلهم جنات عدن التي وعدتهم ومن صلح من آبائهم وأزواجهم وذرياتهم إنك أنت العزيز الحكيم

وقهم السيئات ومن تق السيئات يومئذ فقد رحمته وذلك هو الفوز العظيم

QS Nuh 71:28, QS Ibrahim 14:40 – 41, QS Al Hasyr 59:10, QS Ath-Thur 52:21 berikut tafsirnya......

2. Dalil Hadits

- Dalam hadits banyak disebutkan do’a tentang shalat jenazah, do’a setelah mayyit dikubur dan ziarah kubur...

وَعَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ( اقْرَءُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس ).
Ertinya:
Daripada Ma’qil bin Yasar bahawasanya Nabi SAW bersabda: Bacakanlah ke atas orang yang telah meninggal dunia surah Yasin!
(Riwayat Abu Daud dan lain-lain)

Hadis ini telah dinilai Daif oleh Imam Ad-Daruqutni. Namun, Imam Abu Daud tidak menilainya Daif. Dan ianya telah dinilai Sahih oleh Imam Ibnu Hibban. Berkata sebahagian ulama bahawa hadis ini menunjukkan bahawa disunatkan membaca Surah Yasin kepada orang yang sedang nazak, bukan kepada orang yang telah mati.

Tentang masalah itu telah dijawab oleh Dr. Abd Malik Abd Rahman As-Sa’di di dalam kitabnya, Al-Bid’ah fi al-Mafhum Al-Islami Al-Daqiq:

“Lafaz mayyit disebut secara hakikat ke atas seorang yang telah keluar rohnya daripada jasad. Dan digunakan secara majaz ke atas orang yang sedang nazak. Ini bererti dia masih lagi hidup dan bukannya telah mati. Kalau dilihat di dalam Kaedah Usuliyyah, diharuskan menggunakan satu lafaz secara hakikat atau majaz, maka tidaklah menjadi tegahan sekiranya digunakan mawtakum ke atas seorang yang sedang nazak dan seorang yang telah mati dengan sebenarnya, kerana pahala bacaan tetap sampai kepadanya dan dia merasa senang sebagaimana seorang yang nazak merasa senang terhadap bacaan surah tersebut. Mereka menafsirkannya kepada makna majaz semata-mata kerana mengkiaskannya dengan hadis Rasulullah SAW yang lain:
Ajarkanlah orang-orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah La ilaha illallah. Yang dimaksudkan dengan mawtakum di sini ialah mereka yang hampir mati, bukannya seorang yang benar-benar telah mati. Dijawab ke atas hujah di atas: Perkataan yang bererti: Ajarkanlah(لقنوا) , sudah cukup menjadi bukti yang mengubahnya daripada hakikat ke majaz, kerana apabila diminta ‘Ajarkan’ supaya seorang yang hampir mati itu dapat mengucapkannya sebelum rohnya keluar, bukan selepas keluar roh. Lebih-lebih lagi terdapat sebuah hadis lain yang menyatakan maksudnya ‘Sesiapa yang perkataannya di dunia diakhiri dengan kalimah La ilaha illallah, nescaya akan masuk syurga’. Di atas dasar ini tidak ada faedah diajarkannya selepas keluar roh atau selepas kematiannya. Manakala hadis Yasin menggunakan lafaz yang bererti: Bacakanlah ( اقْرَءُوا) ia! Perkataan ini sesuai untuk seorang yang hampir mati dan seorang yang telah mati, kerana kedua-duanya merasa senang dengan surah tersebut, di samping pahalanya tetap sampai sekiranya dia telah mati. Inilah yang diperkatakan oleh Al-Muhib At-Tabari dan lain-lain.”

Sebenarnya terdapat hadis lain yang menyokong hadis tadi iaitu:

لِمَا رَوَى أَنَسٌ مَرْفُوعًا قَالَ: مَنْ دَخَلَ الْمَقَابِرَ فَقَرَأَ فِيهَا يس خُفِّفَ عَنْهُمْ يَوْمَئِذٍ وَكَانَ لَهُ بِعَدَدِهِمْ حَسَنَاتٌ

Dari Anas RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan lalu membaca surah Yasin, nescaya diringankan azab daripada mereka (ahli kubur) pada hari tersebut dan diberikan kebaikan yang banyak mengikut bilangan ahli kubur kepada si pembaca tadi.
(Diriwayatkan oleh Sohibul Khilal dengan sanad beliau, telah disebutkan demikian itu oleh Ibnu Qudamah dalam al-Mughni juga disebutkan oleh pengarang kitab Tuhfatul Al-Ahwazi. Menurut Dr. Ali Jum'ah dengan hadis inilah Imam Hanbali berhujah).

Hadis lain:


عَنْ عَلِيٍّ مَرْفُوعًا { مَنْ مَرَّ عَلَى الْمَقَابِرِ وَقَرَأَ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ إحْدَى عَشْرَةَ مَرَّةً ، ثُمَّ وَهَبَ أَجْرَهُ لِلْأَمْوَاتِ ؛ أُعْطِي مِنْ الْأَجْرِ بِعَدَدِ الْأَمْوَاتِ }

Dari Ali RA secara marfu’ bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan, kemudian ia membaca Surah al-Ikhlas 11 kali dengan niat menghadiahkan pahalanya kepada para penghuni kubur, ia sendiri akan memperoleh sebanyak yang diperoleh semua penghuni kubur itu.
(Diriwayatkan oleh Ar-Rafi’i dan As-Samarqandi. Juga disebutkan di dalam kitab Tazkirah al-Qurtubi)

Hadis lain:

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ دَخَلَ الْمَقَابِرَ ثُمَّ قَرَأَ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ ، وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ، وَأَلْهَاكُمْ التَّكَاثُرُ ، ثُمَّ قَالَ : إنِّي جَعَلْتُ ثَوَابَ مَا قَرَأْتُ مِنْ كَلَامِكَ لِأَهْلِ الْمَقَابِرِ مِنْ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ؛ كَانُوا شُفَعَاءَ لَهُ إلَى اللَّهِ تَعَالَى }


Dari Abu Hurairah RA berkata: Bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang memasuki kawasan perkuburan kemudian ia membaca Al-Fatihah, Al-Ikhlas dan At-Takatsur, lalu berdoa: Ya Allah, ku hadiahkan pahala bacaan firman-Mu ini kepada ahli kubur yang terdiri dari kalangan Mukminin dan Mukminat. Maka mereka akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat.
(Mathalib Syarh Ghoyatul Muntaha)

وروينا في سنن البيهقي بإسناد حسن أن ابن عمر استحبَّ أن يقرأ على القبر بعد الدفن أوّل سورة البقرة وخاتمتها

Diriwayatkan di dalam Sunan Al-Baihaqi denagn sanad Hasan bahawa Ibnu Umar menyukai agar dibaca di atas perkuburan sesudah pengebumian permulaan pada surah Al-Baqarah dan pada pengakhirannya.

Berkata Sheikh AlHamid AlHusaini:
“Hadis2 tersebut di atas dijadikan dalil yg kuat oleh para ulama”

Pertanyaannya: “Mungkinkah Imam Al-Syafi’i belum sempat bertemu dengan hadis2 ini.....?????” Wallahu a'lam, Allah SWT saja yg Maha Mengetahui.... Ayuh, kita lanjutkan kepada analisis seterusnya.....!!!!!

3. Dalil Ijma

Para ulama sepakat bahwa do’a dalam shalat jenazah bermanfaat bagi mayyit. Bebasnya utang mayyit yang ditanggung oleh orang lain sekalipun bukan keluarga. Ini berdasarkan hadits Abu Qotadah dimana ia telah menjamin untuk membayar hutang seorang mayyit sebanyak dua dinar. Ketika ia telah membayarnya Nabi bersabda: “Sekarang engkau telah mendinginkan kulitnya” (HR Ahmad)

Fatwa Ulama Tentang Sampainya Hadiah Pahala Bacaan kepada Mayyit:

Berkata Muhammad bin ahmad almarwazi : “ Saya mendengar Imam Ahmad bin Hanbal berkata : “Jika kamu masuk ke pekuburan, maka bacalah Fatihatul kitab, al-ikhlas, al falaq dan an-nas dan jadikanlah pahalanya untuk para penghuni kubur, maka sesungguhnya pahala itu sampai kepada mereka. Tapi yang lebih baik adalah agar sipembaca itu berdoa sesudah selesai dengan: “ Ya Allah, sampaikanlah pahala ayat yang telah aku baca ini kepada si fulan …” (Hujjatu Ahlis sunnah waljamaah hal. 15)

Berkata Syaikh aIi bin Muhammad Bin abil lz : “ Adapun Membaca Al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang yang mati secara sukarela dan tanpa upah, maka pahalanya akan sampai kepadanya sebagaimana sampainya pahala puasa dan haji ”. (Syarah aqidah Thahawiyah hal. 457).

Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah: “sesuatu yang paling utama dihadiahkan kepada mayyit adalah sedekah, istighfar, berdoa untuknya dan berhaji atas nama dia. Adapun membaca al-qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada mayyit secara sukarela dan tanpa imbalan, maka akan sampai kepadanya sebagaimana pahala puasa dan haji juga sampai kepadanya (yasaaluunaka fiddin wal hayat jilid I/442)
Berkata Ibnu qayyim al-jauziyah dalam kitabnya Ar-ruh : “Al Khallal dalam kitabnya Al-Jami’ sewaktu membahas bacaan al-qur’an disamping kubur” berkata : Menceritakan kepada kami Abbas bin Muhammad ad-dauri, menceritakan kepada kami yahya bin mu’in, menceritakan kepada kami Mubassyar al-halabi, menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Ala’ bin al-lajlaj dari bapaku : “ Jika aku telah mati, maka letakanlah aku di liang lahad dan ucapkanlah bismillah dan baca permulaan surat AlBaqarah disamping kepalaku karena sesungguhnya aku mendengar Abdullah bin Umar berkata demikian.
Ibnu qayyim dalam kitab ini pada halaman yang sama : “Mengabarkan kepadaku Hasan bin Ahmad bin al-warraq, menceritakan kepadaku Ali-Musa Al-Haddad dan dia adalah seorang yang sangat jujur, dia berkata : “Pernah aku bersama Ahmad bin Hanbal, dan Muhammad bin Qudamah al-juhairi menghadiri jenazah, maka tatkala mayyit dimakamkan, seorang lelaki kurus duduk disamping kubur (sambil membaca al-qur’an). Melihat ini berkatalah imam Ahmad kepadanya: “ Hai sesungguhnya membaca al-qur’an disamping kubur adalah bid’ah!”. Maka tatkala kami keluar dari kubur berkatalah imam Muhammad bin qudamah kepada imam ahmad bin Hanbal : “Wahai abu abdillah, bagaimana pendapatmu tentang Mubassyar al-halabi?. Imam Ahmad menjawab : “Beliau adalah orang yang tsiqah (terpercaya), apakah engkau meriwayatkan sesuatu darinya?. Muhammad bin qodamah berkata : Ya, mengabarkan kepadaku Mubasyar dari Abdurahman bin a’la bin al-laj-laj dari bapaknya bahwa dia berwasiat apabila telah dikuburkan agar dibacakan disamping kepalanya permulaan surat al-baqarah dan akhirnya dan dia berkata : “aku telah mendengar Ibnu Umar berwasiat yang demikian itu ”. Mendengar riwayat tersebut Imam ahmad berkata : “Kembalilah dan katakan kepada lelaki itu agar bacaannya diteruskan (Kitab ar-ruh, ibnul qayyim al jauziyah).

Berkata Sayaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Mantan Mufti negeri mesir : “Tokoh-tokoh madzab hanafi berpendapat bahwa tiap-tiap orang yang melakukan ibadah baik sedekah atau membaca al-qur’an atau selain demikian daripada macam-macam kebaikan, boleh baginya menghadiahkan pahalanya kepada orang lain dan pahalanya itu akan sampai kepadanya.

Imam sya’bi ; “Orang-orang anshar jika ada diantara mereka yang meninggal, maka mereka berbondong-bondong ke kuburnya sambil membaca al-qur’an disampingnya”. (ucapan imam sya’bi ini juga dikutip oleh ibnu qayyim al jauziyah dalam kitab ar-ruh hal. 13).

Berkata Syaikh ali ma’sum : “Dalam madzab maliki tidak ada khilaf dalam hal sampainya pahala sedekah kepada mayyit. Menurut dasar madzab, hukumnya makruh. Namun ulama-ulama mutakhirin berpendapat boleh dan dialah yang diamalkan. Dengan demikian, maka pahala bacaan tersebut sampai kepada mayyit dan ibnu farhun menukil bahwa pendapat inilah yang kuat ”. (hujjatu ahlisunnah wal jamaah halaman 13).

Berkata imam qurtubi : “telah ijma’ ulama atas sampainya pahala sedekah untuk orang yang sudah mati, maka seperti itu pula pendapat ulama dalam hal bacaan AlQur’an, doa dan istighfar karena masing-masingnya termasuk sedekah dan dikuatkan hal ini oleh hadits : “Kullu ma’rufin shadaqah / (setiapkebaikan adalah sedekah) ”. (Tadzkirah al-qurtubi halaman 26).

Dalam Madzab Imam syafii
Untuk menjelaskan hal ini marilah kita lihat penuturan imam Nawawi dalam Al-adzkar halaman 140 : “Dalam hal sampainya bacaan al-qur’an para ulama berbeda pendapat. Pendapat yang masyhur dari madzab Syafii dan sekelompok ulama adalah tidak sampai. Namun menurut Imam ahmad bin Hanbal dan juga Ashab Syafei berpendapat bahwa pahalanya sampai. Maka lebih baik adalah si pembaca menghaturkan doa : “Ya Allah sampaikanlah bacaan ayat ini untuk si fulan …….”
Imam An-Nawawi berkata di dalam kitabnya Al-Adzkar:

أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم ( في " ج " : " ويصل ثوابُه " ) . واحتجّوا بقول اللّه تعالى : { وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ } [ الحشر : 10 ] وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ " (رواه مسلم) وكقوله صلى اللّه عليه وسلم : " اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا " ( أبو داود وغير ذلك). واختلف العلماء في وصول ثواب قراءة القرآن فالمشهور من مذهب الشافعي وجماعة أنه لا يَصل . وذهب أحمدُ بن حنبل وجماعةٌ من العلماء وجماعة من أصحاب الشافعي إلى أنه يَصل والاختيار أن يقولَ القارىءُ بعد فراغه : " اللهمّ أوصلْ ثوابَ ما قرأته إلى فلان واللّه أعلم . ويُستحبّ الثناء على الميت وذكر محاسنه.

Telah ijmak (sepakat) ulama bahawa doa untuk orang-orang yang sudah mati bermanfaat bagi mereka dan pahalanya sampai kepada mereka ianya berdasarkan firman Allah SWT di dalam Surah Al-Hasyr ayat 10: Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), berdoa: “Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami…” Juga ada diriwayatkan daripada hadis yang masyhur, bahawa Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, ampunilah bagi ahli Baqi’ al-Gharqad.” Hadis Sahih Riwayat Muslim. Doa Rasulullah SAW yang lain: “Ya Allah, ampunilah bagi yang hidup dan juga yang telah meninggal dunia daripada kami…” Hadis riwayat Abu Daud dan lainnya. Imam An-Nawawi melanjutkan: Tentang bacaan al-Qur;an, terdapat perbezaan pandangan. Apa yang masyhur daripada mazhab Syafi’I bahawa pahala bacaan tersebut tidak sampai kepada si mati. Akan tetapi sekumpulan sahabat Imam Al-Syafi’i sendiri sependapat dengan Imam Ahmad dan sekumpulan ulama lainnya yang mengatakan bahawa bacaan tersebut bermanfaat serta akan sampai pahalanya kepada si mati. Dan sebaiknya orang yang membaca al-Qur’an selepas selesai membacanya hendaklah berdoa: “Ya Allah, sampaikanlah pahala bacaanku ini kepada Fulan…” dan juga disunatkan memuji dan menyebut kebaikannya.

Demikian ulasan Imam An-Nawawi tentang cara yg baik bagi menyampaikan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati adalah dengan berdoa.

Imam Al-Qurtubi pula berpendapat akan keharusan menghadiahkan pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati kerana membaca Al-Qur’an termasuk dalam Sedekah. Dan sedekah memang akan sampai kepada si mati.


عَنْ أَبِى ذَرٍّ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ « يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْىٌ عَنِ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنَ الضُّحَى ».

Daripada Abu Dzar daripada Nabi SAW bahawa beliau telah bersabda: Setiap pagi ada kewajipan bersedekah untuk setiap ruas. Maka setiap ucapan Tasbih adalah sedekah. Setiap ucapan Tahmid adalah sedekah. Setiap ucapan Tahlil adalah sedekah. Dan setiap ucapan Takbir adalah sedekah. Menganjurkan kebaikan adalah sedekah. Mencegah kemungkaran adalah sedekah. Dan memadai dari itu semua solat dua rakaat sunat Dhuha.
(Riwayat Muslim)

Hadis Sahih ini telah dijadikan dalil oleh Imam Al-Qurtubi bahawa pembacaan al-Qur’an termasuk kategori sedekah. Dan sedekah memang telah disepakati tanpa ada perbezaan pendapat bahawa sampainya pahala itu kepada si mati. Namun, saya secara peribadi berpendapat bahawa hadis yang berikut ini lebih patut dijadikan dalil. Hadis berikut ini adalah Hadis Sahih Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.


عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ رضى الله عنه قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم « كُلُّ سُلاَمَى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيهِ الشَّمْسُ ، يَعْدِلُ بَيْنَ الاِثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَيُعِينُ الرَّجُلَ عَلَى دَابَّتِهِ ، فَيَحْمِلُ عَلَيْهَا ، أَوْ يَرْفَعُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَكُلُّ خَطْوَةٍ يَخْطُوهَا إِلَى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ ، وَيُمِيطُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ صَدَقَةٌ »

Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap ruas tulang tubuh manusia berkewajipan atasnya sedekah. Setiap hari matahari terbit, lalu engkau mengadili manusia yang bertengkar adalah sedekah. Engkau membantu seseorang naik ke atas binatangnya ataupun mengangkat baginya barang-barangnya ke atasnya adalah sedekah. Perkataan yang baik adalah sedekah. Setiap langkah yang engkau hayunkan untuk pergi menunaikan solat adalah sedekah. Dan engkau menghilangkan bahaya dari jalanan adalah sedekah.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ

“Perkataan yang baik atau kalam yang baik adalah sedekah.”

Muslim manakah yang enggan mengakui bahawa kalamullah (Al-Qur’an) adalah kalimah atau kalam yang baik? Benar. Semua mengakui bahawa kalamullah merupakah kalam yang baik. Maka sekaligus ianya termasuk sedekah. Dan sedekah boleh sampai kepada si mati.

Rasulullah SAW pernah bersabda:


أحسن الكلام كلام الله
Ertinya: “Sebaik-baik kalam (perkataan) ialah kalamullah.”
(Riwayat Al-Nasa'i)

Oleh yang demikian, jelas sudah kepada kita bahawa pendapat yang muktamad ialah sampainya pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati. Ini sepertimana yang dijelaskan di dalam kitab Al-Bujairimi Minhaj:


( قَوْلُهُ : أَنَّهُ لَا يَصِلُ ثَوَابُهَا ) ضَعِيفٌ وَقَوْلُهُ : وَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا يَصِلُ مُعْتَمَدٌ .

“Perkataan: Sesungguhnya tidak sampai pahala bacaan adalah Daif sedang perkataan: Dan sebahagian Ashab Syafi’i mengatakan sampai adalah MUKTAMAD.”


وَيَصِلُ ثَوَابُ الْقِرَاءَةِ إذَا وُجِدَ وَاحِدٌ مِنْ ثَلَاثَةِ أُمُورٍ ؛ الْقِرَاءَةِ عِنْدَ قَبْرِهِ وَالدُّعَاءِ لَهُ عَقِبَهَا وَنِيَّتِهِ حُصُولَ الثَّوَابِ لَهُ

Berkata Syeikh Muhammad Ar-Ramli: “Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara iaitu: 1. Pembacaan dilakukan di sisi kuburnya. 2. Berdoa untuk mayat sesudah membaca Al-Qur’an yakni memohon agar pahalanya disampaikan kepadanya. 3. Meniatkan sampainya pahala bacaan itu kepadanya.”
(Hasyiatul Jamal)

Tersebut dalam al-majmu jilid 15/522 : “Berkata Ibnu Nahwi dalam syarah Minhaj: “Dalam Madzab syafei menurut qaul yang masyhur, pahala bacaan tidak sampai. Tapi menurut qaul yang Mukhtar, adalah sampai apabila dimohonkan kepada Allah agar disampaikan pahala bacaan tersebut. Dan seyogyanya memantapkan pendapat ini karena dia adalah doa. Maka jika boleh berdoa untuk mayyit dengan sesuatu yang tidak dimiliki oleh si pendoa, maka kebolehan berdoa dengan sesuatu yang dimiliki oleh si pendoa adalah lebih utama ”.
Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa dalam madzab syafei terdapat dua qaul dalam hal pahala bacaan :
1. Qaul yang masyhur yakni pahala bacaan tidak sampai,
2. Qaul yang mukhtar yakni pahala bacaan sampai.
Dalam menanggapi qaul masyhur tersebut pengarang kitab Fathul wahhab yakni Syaikh Zakaria Al-anshari mengatakan dalam kitabnya Jilid II/19 : “ Apa yang dikatakan sebagai qaul yang masyhur dalam madzab syafii itu dibawa atas pengertian : “Jika alqur’an itu tidak dibaca dihadapan mayyit dan tidak pula meniatkan pahala bacaan untuknya ”.
Dan mengenai syarat-syarat sampainya pahala bacaan itu Syaikh Sulaiman al-jamal mengatakan dalam kitabnya Hasiyatul Jamal Jilid IV/67 : “ Berkata syaikh Muhammad Ramli : Sampai pahala bacaan jika terdapat salah satu dari tiga perkara yaitu :
1.Pembacaan dilakukan disamping kuburnya,
2. Berdoa untuk mayyit sesudah bacaan Alqur’an yakni memohonkan agar pahalanya disampaikan kepadanya,
3. Meniatkan sampainya pahala bacaan itu
kepadanya ”.
Hal senada juga diungkapkan oleh Syaikh ahmad bin qasim al-ubadi dalam hasyiah Tuhfatul Muhtaj Jilid VII/74 : “ Kesimpulan Bahwa jika seseorang meniatkan pahala bacaan kepada mayyit atau dia mendoakan sampainya pahala bacaan itu kepada mayyit sesudah membaca Al-qur’an atau dia membaca disamping kuburnya, maka hasillah bagi mayyit itu seumpama pahala bacaannya dan hasil pula pahala bagi orang yang membacanya ”.
Namun Demikian akan menjadi lebih baik dan lebih terjamin jika;
1. Pembacaan yang dilakukan dihadapan mayyit diiringi pula dengan meniatkan pahala bacaan itu kepadanya.
2. Pembacaan yang dilakukan bukan dihadapan mayyit agar disamping meniatkan untuk si mayyit juga disertai dengan doa penyampaian pahala sesudah selesai membaca.
Langkah seperti ini dijadikan syarat oleh sebagian ulama seperti dalam kitab tuhfah dan syarah Minhaj (lihat kitab I’anatut Tahlibin Jilid III/24).

4. Dalil Qiyas
Pahala itu adalah hak orang yg beramal. Jika ia menghadiahkan kepada saudaranya yg muslim, maka hal itu tidak ada halangan sebagaimana tidak dilarang menghadiahkan harta untuk orang lain di waktu hidupnya dan membebaskan utang setelah wafatnya. Islam telah memberikan penjelasan sampainya pahala ibadah badaniyah seperti membaca Al-Quran dan lainnya diqiyaskan dengan sampainya puasa, karena puasa adalah menahan diri dari yang membatalkan disertai niat, dan itu pahalanya bisa sampai kepada mayyit. Jika demikian bagaimana tidak sampai pahala membaca Al-Quran yg berupa perbuatan & niat.....

Segala Pujian bagi Allah dengan limpah kurnia-Nya dan petunjuk-Nya saya dapat menyempurnakan bahasan tentang masalah sampai atau tidak pahala bacaan Al-Qur’an kepada si mati.... Wallahu a’lam bis shawab.

MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH DI MASJID DAERAH MARAN PAHANG PADA 29.11.2012

Menghadiri program Mahabbah Rasulullah di masjid Daerah Maran bersama-sama Al Fadhil Ustaz Syed Najamuddin Al Khered, Maulana Jauhari, Syed Agil Al Yahya dan Jemaah Al Jenderami.

Didalam program ini alhamdulillah dilakukan tahnik keatas beberapa bayi2 untuk mengambil keberkatan.



SEDEKAH DAN KELEBIHANNYA


Sumbangan Jariah/Sedekah/Wakaf

Pihak madrasah mengalu-alukan sumbangan dari masyarakt yang prihatin.Ingatlah kelebihan-kelebihan sedekah tersebut di nyatakan oleh Allah didalam al-Qur'an dan disebut oleh rasulullah didalam hadis-hadis. Insyaallah dengan sumbangan tuan-tuan dapat merialisasikan impian kami mewujudkan pusat pengajian di Segamat insyaallah.
Imam Suyuthi berkata dalam bukunya Al-Jami’ Al-Shaghir: “خير الناس انفعهم لناس.” Bermaksud: "Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain." didalam hadis yang Rasulullah bersabda maksudnya: "Apabila mati anak Adam maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu: 1. Sedekah jariahnya 2. Ilmu yang bermanfaat 3. Anak yang soleh yang akan mendoakannya. " (HR Muslim). Didalam Al-Qur'an Allah Subhanahu Wata'ala berfirman"Sesungguhnya jika kumu bersyukur (di atas nikmat yang dikurniakan) nescaya Kami akan tambah lagi kepada kamu. Dan jika kamu kufur (kufur nikmat) sesungguhnya azab-Ku amat pedih (yang bersangatan) ". (Surah Ibrahim: 7)

Dari Abu Dzar Al-Ghifari r.a , bahawasanya ada  sahabat-sahabat Rasulullah SAW, bertanya kepada Nabi SAW, "Wahai Rasulullah! Orang-orang kaya telah lebih banyak mendapat pahala. Mereka sembahyang sebagaimana kami sembahyang, berpuasa sebagaimana kami berpuasa dan mereka bersedekah pula dengan harta kekayaan mereka yang lebih itu."
Bersabda Nabi SAW, "Bukankah Tuhan telah menunjukkan kamu cara-cara bagaimana kamu boleh bersedekah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedekah, dan tiap-tiap takbir itu sedekah, dan tiap-tiap tahlil itu sedekah, dan pada tiap-tiap tahmid itu sedekah dan pada tiap-tiap tahli itu sedekah, dan menyuruh berbuat kebaikan itu sedekah dan melarang membuat kejahatan itu sedekah, dan persetubuhan seseorang dengan isteri juga sedekah."
Bertanya para sahabat, "Ya Rasulullah! Adakah seseorang kami yang memuaskan syahwat dengan isterinya mendapat pahala juga?"
Bersabda Rasulullah SAW, "Apakah pendapat kamu sekiranya sesaorang itu melepaskan syahwatnya pada yang haram, adakah dosa atasnya? Demikianlah pula, jika ia melepaskan syahwatnya pada yang halal, adalah baginya pahala."

MUHARRAM DAN KELEBIHANNYA


BERBURU KEBAIKAN DI BULAN MUHARRAM


Kata Muharram secara bahasa, berarti “diharamkan”. Abu ‘Amr ibn Al-‘Alaa berkata, “Dinamakan bulan Muharram karena peperangan (jihad)diharamkan pada bulan tersebut” (Tarikh Ad Dimasyq 1/51), jika saja jihad yang disyariatkan lalu hukumnya menjadi terlarang pada bulan tersebut maka hal ini bermakna perbuatan-perbuatan yang secara asal telah dilarang oleh Allah memiliki penekanan pengharaman untuk lebih dihindari secara khusus pada bulan ini.

Bulan Muharram adalah salah satu dari empat bulan haram atau bulan yang dimuliakan Allah. Yakni Dzulqa’dah, Dzulhijjah, Muharram dan Rajab. Firman Allah Ta’ala dan hadits Rasulullah Saw.:

“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al-Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At-Taubah: 36)

“Sesungguhnya zaman itu berputar sebagaiman bentuknya semula di waktu Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan diantaranya terdapat empat bulan yang dihormati : 3 bulan berturut-turut; Dzul Qo’dah, Dzul Hijjah, Muharram dan Rajab Mudhar, yang terdapat diantara bulan Jumada tsaniah dan Sya’ban.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Larangan demikan kian karena Allah sangat memuliakan dan menghormati bulan-bulan ini, seperti bulan muharram yang penyebutannya bersanding dengan nama Allah (lafdzul Jalalah). Dan kata apa saja yang disandingkan dengan lafdzul jalalah memiliki kemuliaan.

Rasulullah bersabda : “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bula Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R.Muslim)

Salah seorang ahli tafsir dari kalangan tabi’in Qatadah bin Di’amah Sadusi ra. menyatakan, “Amal sholeh lebih besar pahalanya jika dikerjakan di bulan-bulan haram sebagaimana kezhaliman di bulan-bulan haram lebih besar dosanya dibandingkan dengan kezholiman yang dikerjakan di bulan-bulan lain meskipun secara umum kezholiman adalah dosa yang besar”. (Tafsir Al-Baghawi dan Tafsir Ibn Katsir)

Para ulama bersepakat bahwa keempat bulan haram tersebut memiliki keutamaan dibandingkan dengan bulan-bulan yang lain selain Ramadhan, namun demikian mereka berbeda pendapat, bulan apakah yang paling afdhal diantara keempat bulan haram yang ada? Imam Hasan Al-Bashri ra. berkata, “Sesungguhnya Allah telah memulai  waktu yang setahun dengan bulan haram (Muharram) lalu menutupnya juga dengan bulan haram (Dzulhijjah) dan tidak ada bulan dalam setahun setelah bulan Ramadhan yang lebih agung di sisi Allah melebihi bulan Muharram”. (Lathoif Al-Ma’arif hal.36)

Adapun fadilah dan keutamaan-keutamaan bulan muharram telah dirangkup oleh Al-Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali ra. dalam kitabnya “Lathoif Al-Ma’aarif Fiimaa Limawaasimil ‘Aam minal Wazhoif”, beliau telah merinci keutamaan beberapa bulan yang ada beserta amalan-amalan sholeh yang dianjurkan padanya, diantaranya:

Pertama: Bulan Muharram Merupakan Salah Satu Diantara Bulan-Bulan Haram:
seperti yang terdapat dalam irman Allah QS. At-Taubah: 36: bahwa,"Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah ialah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana merekapun memerangi kamu semuanya; dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta orang-orang yang bertakwa”.

Kedua: Bulan Muharram disifatkan sebagai Bulan Allah: Kedua belas bulan yang ada adalah makhluk ciptaan Allah, akan tetapi bulan Muharram meraih keistimewaan khusus karena hanya bulan inilah yang disebut sebagai “syahrullah” (Bulan Allah)
Rasulullah Saw. bersabda: “Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah (yaitu) Muharram. Sedangkan shalat yang paling utama setelah shalat fardhu adalah shalat malam”. (H.R. Muslim. 11630)

Ketiga: Amalan Yang Dianjurkan di Bulan Muharram. Sebagaimana telah disebutkan di atas dari perkataan Qatadah ra. bahwa amalan sholeh dilipatgandakan pahalanya di bulan-bulan haram, dengan demikian secara umum segala jenis kebaikan dianjurkan untuk diperbanyak dan ditingkatkan kualitasnya di bulan Muharram. Adapun ibadah yang dianjurkan secara khusus pada bulan ini adalah memperbanyak puasa sunnah.

Mulla Al-Qari’ menyebutkan bahwa hadits di atas sebagai dalil anjuran berpuasa di seluruh hari bulan Muharram. Namun ada satu masalah yang kadang ditanyakan berkaitan dengan hadits ini yaitu, ‘Bagaimana memadukan antara hadits ini dengan hadits yang menyebutkan bahwa Nabi Saw. memperbanyak puasa di bulan Sya’ban bukan di bulan Muharram? Imam Nawawi ra. telah menjawab pertanyaan ini, beliau mengatakan boleh  jadi Rasulullah Saw. belum mengetahui keutamaan puasa Muharram kecuali di akhir hayat beliau atau mungkin ada saja beberapa udzur yang menghalangi beliau untuk memperbanyak berpuasa di bulan Muharram seperti beliau mengadakan safar atau sakit. (Al-Minhaj Syarah Shohih Muslim bin Hajjaj)

Anjuran berpuasa di bulan Muharram ini lebih dikhususkan dan ditekankan hukumnya pada hari yang dikenal dengan istilah Yaumul 'Asyuro, yaitu pada tanggal sepuluh bulan ini. ‘Asyuro berasal dari kata ‘Asyarah yang berarti sepuluh. Pada hari ‘Asyuro ini, Rasulullah Saw. mengajarkan kepada umatnya untuk melaksanakan satu bentuk ibadah dan ketundukan kepada Allah Ta’ala yaitu ibadah puasa, yang kita kenal dengan puasa Asyuro. Sebagaimana sabda Rasulullah, Dari Abu Musa radhiyallohu anhu berkata, “Hari ‘Asyuro adalah hari yang diagungkan oleh orang Yahudi dan mereka menjadikannya sebagai hari raya, maka Rasulullah shallallohu alaihi wasallam bersabda (kepada ummatnya), “Berpuasalah kalian (pada hari itu)”.(HR. Bukhari dan Muslim)

Bagi mereka yang berpuasa ‘Asyuro maka dosa-dosa mereka setahun yang lalu akan terampuni. Dikatakan “Dari Abu Qatadah ra. bahwa Nabi Muhammad Saw. bersabda, “Puasa hari ‘Asyuro aku berharap kepada Allah akan menghapuskan dosa tahun lalu”. (HR. Tirmidzi)

Kemudian bulan muharram juga disebut syahrul yatim, mungkin disebagian masyarakat lazim dan mengenal istilah bulannya yatim, yaitu menyelenggarakan sebuah acara dimana mereka memberikan santunan kepada anak yatim di hari yang telah ditentukan dalam setiap tahun baru muharram, yaitu antara 9 dan 10 Muharram setiap tahunnya.

Ada sisi lain yang patut disoroti dari perayaan tahun baru anak yatim diwajibkannya untuk memuliakan anak yatim, menanggung kehidupannya, menyayanginya, dan segala amal kebaikan yang menyenangi anak Yatim maka ia akan mendapatkan ganjaran seperti dalam hadist sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari dari jalan Abu Hurairah, dimana Rasulullah Saw. mengatakan: “Orang yang menanggung anak yatim baik anak yatim itu ada hubungan famili maupun tidak, maka saya dan orang yang menanggungnya seperti dua jari ini di dalam surga.”

Malik bin Anas perawi hadist itu mengatakan, Rasulullah memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari tengah. Terhadap anak yatim pula kita sebagai muslim dilarang menghardiknya (QS. Adh-Dhuha: 9), dan dalil-dalil lainnya yang memiliki kaitannya dengan muamalah terhadap anak yatim.

Maka selagi kita mendapat kesepatan hadir pada bulan muharram jangan sampai terlewatkan untuk berbuat kebaikan dan memuliakan anak yatim. Mungkin pada tahun-tahun sebelumnya kita telah melewati bulan muharram begitu saja tanpa berbuat kebaikan atau kita telah menyia-nyiakan keberadaan anak yatim

Selalu menjadi lebih baik adalah ciri orang yang beruntung dan mulia. Dikatakan, suatu hari datang seorang sahabat kepada Rasulullah dan bertanya. "Wahai Rasulullah! Orang yang paling beruntung itu yang bagaimana? Rasul Menjawab: Barang siapa hari ini lebih baik dari hari kemarin, dialah tergolong orang yang beruntung, Barang siapa yang hari ini sama dengan hari kemarin dialah tergolong orang yang merugi dan Barang siapa yang hari ini lebih buruk dari hari kemarin dialah tergolong orang yang celaka".

Kuliah Mingguan Bab Aqidah

Pengajian kitab Durussamin di Madrasah Ribath Al Fath setiap hari Ahad jam 9 pagi. Muslimin dan muslimat di jemput hadir untuk mengikuti kuliah ini. Aqidah adalah penting keran ia penentu kedudukan kita disisi Allah dan jaminan kita lepas dari api neraka Allah. Umat nabi Muhammad terbahagi kepada 73 golongan hanya satu golongan yang terselamat dan masuk syurga.Mudah2an dengan mempelajari akidah ini kita masuk didalam golongan yang selamat itu.

MENGUMPAT MENGHALANG SESEORANG MENAIKI MAQAM YANG LEBIH TINGGI

AlArifubillah Saiyidi Ali Al Khawas Qaddasallahu Sirrahu berkata :
Diantara perkara yang menyekat seseorang murid meningkat kemertabat yang lebih ialah apabila ia jatuh kepada perbuatan mengumpat  salah seorang orang Islam.Ini telah dijelaskan oleh Syeik Abdul Wahab Syaarani didalm Risalah Anwarul Qudsiyah.

MAJLIS DI MADRASAH AL JA'AFARI SELANDAR,MELAKA

Majlis bersama Kiyai Zainol Arifin dr Jember Indonesia
Tausiyah dr Kiyai mengingatka betapa pentinnya mahabbah samada dgn Allah, rasulullah mahupun dgn org lain



KELAS ALQURAN DAN HAFAZAN DI SURAU LUBUK SELUMAR


TASMI' HAFAZAN


QASIDAH NURUL MUSTAFA

PENGENALAN MADRASAH RIBATH AL FATH

Madrasah Ribath Al Fath adalah sebuah tempat pengajian agama untuk orang tua-tua menghabiskan sisa-sisa hidupnya dan mereka-mereka yang berminat untuk mempelajari dan mendalami pengajian agama berlandaskan kitab turath. Bermula dengan ahli pengajian seramai 3 orang yang di adakan dirumah kediaman Ustaz Zainal di Paya Pulai seterusnya dirumah kedai di Taman Bendahara, Segamat , Johor.Untuk menampung ahli pengajian yang makin bertambah  Ustaz Zainal telah membeli sebidang tanah seluas satu ekar untuk pembinaan madrasah. Alhamdulillah kini bangunan madrasah telah 70% terbina dengan perbelanjaan ditanggung sendiri oleh ustaz dan masih mengharap sumbangan mereka-mereka yang prihatin untuk meninggikan agama. Berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dibawah nama Persatuan Kebajikan Ribath Al Fath dengan jawatankuasa yang terpilih untuk mentadbir Madrasah ini ,insyaallah madrasah ini akan berdaya maju untuk menjadi sebuat pusat pengajian dan juga tempat rujuk masyarakat sekitar.

Program dakwah dan masyarakat.

Kursus dan khidmat pengurusan jenazah.

Alhamdulillah beberapa kursus jenazah telah di anjurkan olah Madrasah Ribath Al Fath bersama Belia Kg Pogoh dengan penyertaan lebih 60 orang belia dan kursus kedua bersama dengan Wanita Umno Kg Lubuk Selumar dengan kehadiran 40 orang peserta.

Diantara program yang lain adalah:

i.     Kursus latihan imam dan bilal

ii.    Program ziarah ulama,pusat-pusat pengajian, madrasah, pondok dalam negara mahupun luar negara.

iii.   Program rehlah untuk ahli qariah

iv.   Kem Bina Insan dan Tafaqquh untuk belia diantara 10 hingga 17 tahun

v.    Program sambutan Maulid di madrasah dan undangan

Program-program yang lain:

i.     Program pembersihan madrasah, masjid dan tanah wakaf sebulan sekali

ii.    Kutipan duit sumbangan membantu pihak yang memerlukan

iii.   Pembacaan Yasin, Tahlil, Ratib dan Maulid setiap malam Khamis dan Isnin.

iv.  Aktriviti-aktiviti ekonomi

Adalah menjadi harapan kepada Ustaz Zainal selaku Pemimpin Madrasah serta barisan jawatankuasanya  agar ianya menjadi:

i.   Dua'fa ilmu kepada orang jahil

ii.  Du'afa kasih sayang kepada mereka yang ketandusan kasih sayang

iii.  Du'afa rezeki kepada mereka yang kesempitan hidup

iv. Du'afa kejiwaan kepada mereka yang ketandusan jiwa dari zikir,wirid. ratib dan qasidah

v.  Du'afa bagi mereka yang mencari jalan agama serta tidak putus asa dari mencari jalan agama yang benar.

Insyaallah dengan nama yang diberi oleh Al-Allamah Habib Thohir Bin Muhammad Bin Abdullah Al-Haddar seorang ulama dari Yaman ketika ziarah beliau serta merasmikan Madrasah Ribath Al Fath ini di Taman Bendahara akan menjadi tempat ambilan ilmu dan kelahiran para ulama yang akan menaburkan khdmatnya kepada masyarakat tanpa mengambil upah semata-mata kerana Allah.


SERBAN RASULULLAH

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam selesa dengan sentiasa memakai penutup kepala. Kebiasaannya Baginda mengenakan apa yang dipanggil ‘Qalansuah’ (kopiah) sama ada dengan ‘Imamah’ (serban) atau tanpa serban. Pada waktu-waktu tertentu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam turut memakai ‘Qithri’ (mafla / selandang) di kepala terutama pada cuaca panas dan berdebu. Baginda juga ada 
memakai topi besi sewaktu peperangan.

Terdapat banyak hadis menceritakan mengenai serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam serta ciri-cirinya. Antaranya:

Bentuk Serban

Bentuk kopiah atau serban yang dipakai oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam adalah melonjong dan runcing ke atas. Kain ‘Imamah’ (serban) yang dililitkan pula separuh daripada ketinggian kopiah dan berekor di belakang separas belikat. Topi besi Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga turut berbentuk sebegini.

As-Sahab

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam mempunyai serban yang dikenali sebagai ‘as-sahab’ (awan) yang diberikan kepada Sayyidina Ali r.a. Kadang-kadang Ali r.a. datang dengan memakai ‘as-sahab’. Lalu Nabi SAW bersabda, “Datang Ali kepadamu dengan memakai as-sahab.”

Serban Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di Muzium Topkapi Turki. Kerajaan Uthmaniyyah banyak mewarisi khazanah Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Serban Hitam

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam kerap dilihat mengenakan serban berwarna hitam.

“Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah (pembebasan kota Makkah), Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Muhammad bin Basyar, dari Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadis ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair yang bersumber dari Jabir r.a.)

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam juga suka berserban hitam ketika berpidato, bagi menunjukkan rasa rendah diri Baginda. “Sesungguhnya Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan umat, Baginda memakai serban hitam.” (Diriwayatkan oleh Mahmud bin Ghailan dan diriwayatkan pula oleh Yusuf bin Isa, keduanya menerima dari Waki’, dari Musawir al Waraq, dari Ja’far bin Amr bin Huraits yang bersumber dari bapanya.)

“Saya pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam di atas mimbar, dan dikepalanya terdapat serban hitam yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam julurkan kedua hujungnya di antara kedua bahu Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.” (Hadis diriwayatkan oleh Muslim r.a, Abu Daud r.a dan an-Nasaei r.a.)

Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.” (HR. Tarmidzi r.a.)

Minyak Rambut

Baginda juga pernah menggunakan minyak rambut sebelum mengenakan serban. Ibnu Abbas r.a. menyatakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam berpidato di hadapan ummat. Waktu itu Baginda mengenakan serban, dan serbannya ada kesan minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi dan Ibnu ‘Abbas)

Kedudukan Ekor Serban

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban dengan memulakan sebelah kanan dan membukanya dengan memulakan sebelah kirinya. Sewaktu berserban, biasanya Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam melepaskan hujung serban ke belakang iaitu di antara dua belikat Baginda.

Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam memakai serban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua belikat Baginda.” Kemudian Nafi’ berkata: “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari Abdul Aziz bin Muhammad, dari Ubaidullah bin Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)

Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam juga ada melepaskan ekor serban kanan dan adakalanya ke kiri yang menjadi ikutan dan amalan alim ulama.

Topi Besi Rasulullah SAW

“Sewaktu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam memasuki Kota Makkah (dihari Pembebasan), Baginda memakai topi besi. Kemudian ditunjukkan seorang yang sangat zalim kepada Baginda: “Itu Ibnu Khathal bersembunyi di dinding Kaabah (disebabkan takut).” Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Bunuhlah dia!” (Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id, dari Malik bin Anas, dari Ibnu Syihab, yang bersumber dari Anas bin Malik r.a.)

Ada sesetengah pendapat menterjemahan ‘topi besi‘ tersebut kurang tepat sebab yang dimaksud topi besi di sini adalah rantai besi yang dijalin rapi, dibuat dengan ukuran kepala kemudian dapasang di dalam kopiah.

Hukum Mengambil Upah Membaca Al-Quran




Soalan :

 Apakah hukum mengambil upah dengan membaca al Quran ? Begitu juga dengan sesetengah tempat selepas kematian tuan rumah akan memanggil sekumpulan Huffaz al Quran untuk membaca al Quran. Setelah itu mereka akan dihidangkan makanan dan diberi sagu hati berupa wang. Tujuannya ialah untuk bersedekah bagi pihak roh simati dengan harapan agar Allah memberi keringanan kepadanya. Apakah hukum perkara tersebut ?

 Jawapan 1 :

 Jawapan diberikan oleh Dr Abd Malik Abd Rahman As Sa'adi (bekas Mufti Iraq) dalam bukunya : Al Bid'ah fi al Mafhum al Islamy ad Daqiq - Salah faham terhadap Bid'ah menyebutkan :

 Membaca al Quran adalah ibadah. Para ulama berselisih pendapat, adakah dibolehkan mengambil upah atau imbalan ke atas ibadah yang dilakukan termasuk di antaranya ialah membaca al quran dan mengajarnya. Sebahagian fuqaha' berpendapat mengambil upah hasil pembacaan al Quran adalah tidak harus.

Ini adalah salah satu pendapat yang dikemukakan oleh Imam Ahmad, para ulama bermazhab Hanafi yang terawal dan Ishaq bin Rahawaih. Manakala para ulama Hanafiyyah yang terkemudian mengharuskan pengambilan upah hasil menjadi imam, mengajar dan muazzin. Alasan mereka ialah sekiranya dipegang pendapat yang melarang pengambilan upah maka ia akan menyebabkan tugas-tugas tersebut terabai kerana mereka yang layak untuk melaksanakan tugas tersebut terpaksa meninggalkannya untuk mencari sara hidup, seterusnya menyebabkan tugas tersebut terabai atau berlaku kepincangan.

 Manakala sebahagian ulama yang lain seperti Imam Malik, Asy Syafie, Ibnu Al Munzir dan Ahmad pada satu riwayat yang lain mengharuskan pengambilan upah hasil membaca al Quran. Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh AlBukhari bahawa Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda (yang bererti) :

 Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

 kerana Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam tidak membantah ke atas para sahabat yang mengambil upah hasil jampian dengan al Quran. Namun bagi para ulama yang mengharuskannya kesemua mereka bersepakat bahawa sekiranya seorang qari (yang membaca al Quran) membaca dengan niat untuk mendapat upah dan mengaut harta, maka dia tidak akan mendapat pahala dan berkemungkinan dia berdosa kerana dia membaca Al Quran bukan kerana Allah subahanahu wa ta'ala (ikhlas kerana Allah).

 Mereka juga berpendapat sekiranya pembacaan Al Quran dijadikan sebagai kerja untuk mengaut keuntungan dan harta yang banyak maka hukumnya adalah haram yang tidak diakui oleh syarak.

 Jawapan 2 :

 Membaca al Quran adalah sangat dianjurkan. Begitu juga bersedekah. Mengambil upah untuk tugas-tugas keagamaan seperti membaca al Quran , menjadi imam, membaca khutbah jumaat, azan, mengajar ilmu-ilmu syariah, telah menjadi kebiasaan diamalkan umat Islam di negara-negara Islam sejak zaman berzaman. Adapun mengambil upah membaca alQuran ia termasuk dalam keumuman hadith RasuluLlah sallaLlahu 'alaihi wasallan (yang bererti) :

 Yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya adalah Kitab Allah (Al Quran)

 (Riwayat Bukhari)

 Hadith ini adalah bahagian akhir hadith yang panjang riwayat Al Bukhari dari Ibn Abbas iaitu :

Bahawasanya satu jama'ah para sahabat Nabi melalui di tempat yang ada air yang ada di sana seseorang bernama Ladigh atau Salim (perawi tidak pasti antara keduanya yang kena sengat binatang ), Datanglah seorang lelaki dari tempat air itu lalu berkata : Adakah di antara kamu yang pandai menjampi kerana sesungguhnya di tempat air itu ada seorang lelaki yang disengat binatang bisa. Lalu ada seorang dari mereka lalu membaca Surah al fatihah dengan pembayaran beberapa ekor kambing. Lalu (selepas menjampi) dia membawa kambing tersebut kepada kawan-kawannya. Kawan-kawannya tidak suka dengan perkara tersebut. Mereka berkata : Apakah kamu mengambil upah dengan membaca kitab Allah? (perkara ini berlarutan) sehinggalah mereka sampai di Madinah, lalu mereka berkata : Ya Rasulullah, dia telah mengambil upah melalui kitab Allah. Rasulullah sallaLlahu 'alaihi wasallam lalu mengatakan : Sesungguhnya yang paling berhak kamu mengambil upah ke atasnya ialah kitab Allah (Al Quran)

Imam Nawawi berkata dalam Raudhah ath Tholibin : Dari al Qadhi Husain di dalam Al Fatawa, menyebutkan :

Sesungguhnya mengupah membaca al Quran di atas kubur pada tempoh tertentu adalah dibolehkan sebagaimana (dibolehkan) mengupah orang untuk azan dan mengajar al Quran

 (lihat Fath al Mu'in m/s 84, Lihat Minhaj al Wadhih (Soal Jawab Agama membahaskan Masalah Terkini dalam Feqah)

Mengikut Bughyah al Mustarsyidin, sah (boleh) upah membaca al Quran di atas kubur dan mendoakannya kerana bacaan itu boleh memberi manfaat dan dihadiahkan pahalanya kepada si mati. Dalil dari hadith dan pendapat-pendapat para ulama' mu'tabar di atas memberi penjelasan bahawa tidak mengapa mengambil upah membaca al Quran kepada si mati.

Dinding Madrasah di naikkan

Dinding madrasah dinaikkan dan akan ditambah bahagian bumbung


Madrasah hampir didirikan

70 % Madrasah hampir siap





Kalam Nasihat


Orang-orang Ahli khoir berpesan tiga kalimat:

Siapa beramal untuk akhirat Allah akan mencukupi urusan dunianya.
Siapa yang membaiki urusannya dengan Allah maka Allah akan membaiki urusannya dengan sesama manusia.
Sesiapa memperbaiki hatinya, allah akan memperbaiki zahirnya.

BENTENG AMAL


Syaqiq Bin Ibrahim berkata: Benteng amal itu ada tiga.

1. Harus merasa bahawa amal itu adalah hidayah dan taufiq dari Allah untuk mematahkan sifat ujub didalam diri.
2.Berniat beramal itu untuk mendapat ridha Allah untuk mematahkan hawa nafsu.
3. Harus berniat untuk mendapat pahala dari Allah untuk menghilangkan rasa tamak, rakus dan riya. dan dengan yang ketiga ini amal akan menjadi ikhlas.Apabila beramal itu mengharap pahala dari Allah maka tidak hirau terhadap pujian atau celaan orang.

Menuntut ilmu



  • Menuntut Ilmu Itu Satu Kewajipan
Dari Anas r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: ‘ Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri cina, kerana menuntut ilmu itu wajib atas setiap orang Islam. Dan sesungguhnya para malaikat itu menghamparkan sayapnya bagi penuntut ilmu kerana redha dengan apa yang mereka tuntut.
Hadis Riwayat Al Bara
  • Pelajar Agama Sama Dengan Mujahid
Daripada Anas r.a berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w: Barangsiapa keluar mencari ilmu maka ia sebenarnya berjihad di jalan Allah sehingga dia kembali´.
Hadis Riwayat At Tirmizi
  • Menuntut Ilmu Bererti Menuju ke Syurga
Daripada Abu Darda r.a berkata: Aku telah mendengar Nabi s.a.w bersabda: Barangsiapa yang menjalani satu jalan ilmu bererti ia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Dan sesungguhnya orang yang ada diseluruh lapisan langit dan bumi sehingga ikan yang ada dilaut meminta ampun bagi orang yang alim. Dan sesungguhnya kelebihan orang yang alim atas orang yang abid seperti kelebihan bulan purnama atas sekalian bintang-bintang. Dan sesungguhnya ulama itu pewaris Nabi-nabi. Dan para Nabi itu sebenarnya tidak mewariskan dinar (wang emas) dan dirham (wang perak)tetapi yang diwariskan oleh mereka ialah ilmu. Maka barangsiapa mengambil ilmu bererti ia telahmengambil habuan yang paling sempurna´.
Hadis Riwaat Abu Daud

Pembinaan asas telah dinaikkan

Pembinaan tapak bangunan madrasah

Sepintas lalu pembinaan bangunan Madrasah


  • Pembinaan asas tapak bagi bangunan madrasah telah dimulakan