Pengajian kitab Durussamin di Madrasah Ribath Al Fath setiap hari Ahad jam 9 pagi. Muslimin dan muslimat di jemput hadir untuk mengikuti kuliah ini. Aqidah adalah penting keran ia penentu kedudukan kita disisi Allah dan jaminan kita lepas dari api neraka Allah. Umat nabi Muhammad terbahagi kepada 73 golongan hanya satu golongan yang terselamat dan masuk syurga.Mudah2an dengan mempelajari akidah ini kita masuk didalam golongan yang selamat itu.

Persatuan Kebajikan Ribath Al-Fath adalah satu badan NGO Islam yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti berteraskan kemasyarakatan dalam bentuk kebajikan dan pendidikan dengan tujuan membantu segenap lapisan masyarakat dapat mengikuti ajaran Al-Quran dan As Sunnah. Aliran akidah adalah bermazhab Asyairah dan Al Maturidiyah dan feqah bermazhab Shafieyah. Sistem pengajian adalah sistem pondok iaitu pengajian kitab turath.