AlArifubillah Saiyidi Ali Al Khawas Qaddasallahu Sirrahu berkata :
Diantara perkara yang menyekat seseorang murid meningkat kemertabat yang lebih ialah apabila ia jatuh kepada perbuatan mengumpat salah seorang orang Islam.Ini telah dijelaskan oleh Syeik Abdul Wahab Syaarani didalm Risalah Anwarul Qudsiyah.

Persatuan Kebajikan Ribath Al-Fath adalah satu badan NGO Islam yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti berteraskan kemasyarakatan dalam bentuk kebajikan dan pendidikan dengan tujuan membantu segenap lapisan masyarakat dapat mengikuti ajaran Al-Quran dan As Sunnah. Aliran akidah adalah bermazhab Asyairah dan Al Maturidiyah dan feqah bermazhab Shafieyah. Sistem pengajian adalah sistem pondok iaitu pengajian kitab turath.